Wednesday, November 12, 2008

Saturday, August 9, 2008

MESYUARA AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 8

Koperasi Siswazah Berhad telah selesai mengadakan mesyuarat agung perwakilan tahunan kali ke 8 pada 30 Jun 2008 yang lalu dengan membawa satu usul iaitu memindahkan Akaun Mudharabah ke Akaun Saham anggota. Usul ini telah dibentang dan diluluskan oleh mesyuarat agung tersebut.

Rasional pindahan akaun ialah kerana wang di Akaun Mudharabah tertakluk kepada akad untung rugi bersama antara koperasi dan pelabur mudharabah. Jika pelaburan koperasi mengalami kerugian dan dibuat rosot nilai, maka wang di Akaun Mudharabah pun akan dihapuskira.

Bagi mengelakkan perkara itu berlaku maka adalah dicadangkan wang di Akaun Mudharabah dipindahkan ke Akaun Saham Anggota. Wang di Akaun Saham akan terus berkekalan selama koperasi masih beroperasi dan layak mendapat dividen jika koperasi mengistiharkan dividen.

Anggota koperasi boleh membahagikan sahamnya kepada penama baru samada kepada anak-anak, suami/isteri atau sesiapa sahaja. Bagi anggota yang telah meninggal dunia, akaun saham ini boleh dipindahkan ke akaun warisnya tertakluk kepada hukum faraid.

Jika koperasi ada lebihan tunai, anggota boleh mengeluarkan sahamnya tertakluk kepada peraturan Undang-Undang Kecil Koperasi.

Bagi pelabur yang bukan anggota :

Pelabur bukan anggota dicadangkan menjadi anggota koperasi dengan mengisi borang keanggotaan koperasi. Ini telah dinasihatkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Wang di Akaun Mudharabah tuan/puan akan dipindahkan terus ke Akaun Saham anggota. Ia juga boleh memindahkan wang mudharabahnya ke akan saham anak, isterii/suami atau sesiapa sahaja.

Bagi bukan anggota juga, wang bayaran untuk pendaftaran anggota sebanyak RM 30 akan didebitkan dari wang mudharabah masing-masing


Anggota Lembaga 2008/2009

Pengerusi:
Wan Azman Bin Wan Abdullah

Setiausha
Ali Bin Maidin

Bendahari
Saharizam Bin Arde

Anggota Lembaga
Roslan Bin Yusof
Nadir Bin Noor
Mohd Nasir Bin Abdul Latif
Jamaluddin Bin Maideen
Hamidun Bin Hj Abd Jalil
Mohd Khairuddin Bin Ibrahim
Md Nizam Bin Mansor
Abd Aziz Bin Ramli
Ahmad Bin Anuar
Dianuddin Bin Othman
Hashim bin Hamud
Abdul Fatah Bin Yasin


Wednesday, August 6, 2008

Skim Koperasi Siswazah Islam Berhad

Koperasi Siswazah Berhad bukan Koperasi Siswazah Islam Berhad

Sebarang sekim yang dianjurkan atas nama KOPERASI SISWAZAH ISLAM BERHAD tidak ada kena mengena dengan Koperasi Siswazah Berhad atau Kosis.

Jika ada perkara yang mengelirukan sila rujuk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Terima Kasih

Saturday, July 5, 2008

PEMINDAHAN AKAUN MUDHARABAH KEPADA SAHAM ANGGOTA

Mesyuarat Agung Perwakilan yang berlangsung pada 29 Jun 2008 telah meluluskan cadangan memindahkan akaun mudharabah anggota ke akaun saham masing-masing.

1. Implikasi dan kebaikan cadangan ini kepada anggota koperasi ialah:

1.1 Akaun mudharabah tertakluk kepada akad untung rugi bersama antara koperasi dan pemegang akaun mudharabah. Jika pelaburan koperasi dibuat rosot nilai, maka irosot nilai juga perlu dibuat ke atas akaun mudharabah anggota juga. Dengan ini pindahan ke saham anggota akan menyebabkan akaun saham sentiasa wujud selama koperasi beroperasi.

1.2 Selepas pindahan kepada akaun saham, anggota akan mendapat dividen dari koperasi jika koperasi berjaya didalam projek-projek barunya.

1.3 Selepas pindahan ke akaun saham anggota, anggota boleh membahagikan saham ini ke penama baru misalnya kepada anak-anak, isterinya atau sesiapa sahaja..

1.4 Bagi anggota yang meninggal, akaun saham ini boleh dipindahkan ke akaun warisnya tertakluk kepada hukum faraid.

1.5 Jika koperasi ada lebihan tunai, anggota boleh mengeluarkan sahamnya tertaklok kepada peraturan Undang-Undang Kecil Koperasi.

2. Kebaikan kepada Koperasi:

Pindahan ini akan memberi implikasi kepada koperasi dengan Meningkatkan Kumpulan Wang Anggota Koperasi. Ini sekali gus memberi kesan positif kepada asset semasa bersih di dalam lembaran imbangan.

Saturday, April 12, 2008

KEARAH MEWUJUDKAN RANGKAIAN MEDIC SPA
20 PERINTIS PERTAMA DI KEHENDAKI

Aladdin Medic & Beauty SPA merupakan teknologi rawatan terkini yang terbaik. Ia menggabungkan 7 kaedah dalam satu sistem rawatan berasaskan mandian sahaja.

Baik untuk pesakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok, ghout, sendi, darah tinggi, kulit dan sebagainya.

Modal asas RM 10,000 sahaja.

Boleh beroperasi di rumah kedai, pejabat atau rumah sendiri.

Sesuai kepada individu dan pertubuhan / organisasi yang mempunyai ramai anggota.

Peluang pendapatan baru.

SILA HADIRI PREBIU PERCUMA PADA:


TARIKH : 19HB APRIL 2008 / SABTU

TEMPAT : NO 1A, JALAN SARIKEI,
0FF JALAN PAHANG
53000 KUALA LUMPUR
( Belakang Hospital Tawakkal)

JAM : 10 PAGI

SAHKAN PENDAFTARAN ANDA DI 03- 4024 2955 / 019 -363 4145 MANZURUL

http://aladdinspa786.blogspot.com

NOTIS MESYUARAT AGUNG KAWASAN KALI KE 5 / 2008

Tarikh : 07 April 2008

Kepada :

Semua Anggata Lembaga
Semua Anggota Audit Dalaman
Anggota Koperasi Siswazah Berhad

Assalamua’laikum Wrt. Wrbt.

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG KAWASAN KALI KE 5 / 2008

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke 5 Koperasi akan diadakan pada:

Tarikh : 31 Mei 2008

Hari/Masa : Sabtu / 2.00 petang

Tempat : Dewan Fadhil Noor, Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur

2. Aturcara:

2.1 Pendaftaran
2.2 Majlis Takruf
2.3. Jamuan Ringan
2.4. Mesyuarat Agung

3. Agenda Mesyuarat Agung Kawasan

3.1 Memilih Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat menurut Perkara 25(7) Undang-undang Kecil Koperasi.

3.2 Penbentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2007 oleh wakil lembaga koperasi.

3.3 Memilih 5 (Lima) orang perwakilan kawasan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke 5/2008. Kawasan seperti berikut:

Kawasan 1 – Wilayah Persekutuan
Kawasan 2 - Selangor
Kawasan 3 - N.Sembilan, Melaka dan Johor
Kawasan 4 - Pahang, Terengganu dan Kelantan
Kawasan 5 – Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis

3.4. Membincangkan usul-usul menurut perkara (10)(e) Undang-undang Kecil Koperasi untuk di bawa Ke Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke 5.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan tugas,

ALI BIN MAIDIN
Setiausaha

* Jemputan ini adalah kepada Anggota yang mempunyai saham RM 500 dan keatas sahaja

Saturday, March 22, 2008

KEARAH MEWUJUDKAN RANGKAIAN MEDIC SPA 20 PERINTIS PERTAMA DI KEHENDAKI

Aladdin Medic & Beauty SPA merupakan teknologi rawatan terkini yang terbaik. Ia menggabungkan 7 kaedah dalam satu sistem rawatan berasaskan mandian sahaja.

Baik untuk pesakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok, ghout, sendi, darah tinggi, kulit dan sebagainya.

Modal asas RM 10,000 sahaja.

Boleh beroperasi di rumah kedai, pejabat atau rumah sendiri.

Sesuai kepada individu dan pertubuhan / organisasi yang mempunyai ramai anggota.

Peluang pendapatan baru.

SILA HADIRI PREBIU PERCUMA PADA:

TARIKH : 19HB APRIL 2008 / SABTU
TEMPAT : NO 1A, JALAN SARIKEI, 0FF JALAN PAHANG, 53000 KUALA LUMPUR
( Belakang Hospital Tawakkal)

JAM : 10 PAGI

SAHKAN PENDAFTARAN ANDA DI 03 4024 2955 / 019 -363 4145
www.aladdinspa786.blogspot.com

ALADDIN MEDIC & BEUATY SPA

Anggota koperasi ditawarkan peluang membuka Medic SPA di bawah rangkaian Alladdin Medic & SPA.

Sila buat lawatan ke pusat rawatan Aladdin Medic & Beauty SPA di No. 1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur. Telefon - 03- 4024 4859.

Klik di sini.

Friday, February 1, 2008

Tuntutan Wang Mudharabah

Oleh kerana pelaburan mudharabah koperasi mengalami kegagalan, maka wang mudharabah tidak dapat dikembalikan pada masa ini. Koperasi sedang mengambil langkah pengembalian wang ini ialah melalui keuntungan projek-projek baru koperasi yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Dalam proses pengembalian wang mudharabah ini, koperasi akan memberi keutamaan kepada pelabur yang telah meninggal dunia dan pelabur warga emas.

Projek Dalam Perancangan

1. Projek Ternakan keli

Koperasi bercadang menjalankan projek ternakan ikan keli secara komersil. Kertas kerja telah diajukan ke Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) untuk mendapatkan pembiayaan.

2. Rangkaian Medic SPA

Kosis akan melancarkan rangkaian Medic SPA. Mana-mana anggota yang berminat sila berhubung dengan pejabat Kosis.

3. Agen Pemasaran Adden Travel & Tour Sdn Bhd

Kosis akan memasarkan produk pelancungan termasuk pakej Haji dan Umrah mulai 2008.

4. Agen Aladdin FX.com

Kosis akan menjadi agen Aladdin FX.com yang menawarkan kursus FOREX.

Pindahan Akaun Mudharabah Ke Saham Anggota

Kosis mencadangkan akaun Mudharabah Ostrich, Diamond & IBF, Intis dan Bistari dipindahkan kepada akaun saham anggota bagi mengelakkan pelabur kerugian.

STATUS PELABURAN

1. Pelaburan Perdana

Koperasi masih menunggu penyenaraian syarikat MMSC di Mesdaq, Malaysia.

2. Pelaburan Ostrich, Diamond & IBF KOSIS, Intis Dan Bistari.

Kosis akan membuat rosot nilai kepada pelaburan ini.

3. Pelaburan Hartanah

Kosis akan mencairkan pelaburan ini dan menjananya semula di dalam sektor lain.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI 2007

Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan telah selamat diadakan pada 18 November 2007 bertempat di Markaz Tarbiyyah Pas Pusat, Taman Melewar , Kuala Lumpur.

Anggota Lembaga 2007/2008:

Pengerusi:
Wan Azman Bin Wan Abdullah

Setiausha:
Ali Bin Maidin

Bendahari:
Saharizam Bin Arde

Anggota Lembaga:
Roslan Bin Yusof
Nadir Bin Noor
Mohd Nasir Bin Abdul Latif
Isahak Bin Hj Hashim
Jamaluddin Bin Maideen
Hamidun Bin Hj Abd Jalil
Mohd Khairuddin Bin Ibrahim
Md Nizam Bin Mansor
Abd Aziz Bin Ramli
Ahmad Bin Anuar
Dianuddin Bin Othman
Hashim bin Hamud