Saturday, April 12, 2008

NOTIS MESYUARAT AGUNG KAWASAN KALI KE 5 / 2008

Tarikh : 07 April 2008

Kepada :

Semua Anggata Lembaga
Semua Anggota Audit Dalaman
Anggota Koperasi Siswazah Berhad

Assalamua’laikum Wrt. Wrbt.

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG KAWASAN KALI KE 5 / 2008

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke 5 Koperasi akan diadakan pada:

Tarikh : 31 Mei 2008

Hari/Masa : Sabtu / 2.00 petang

Tempat : Dewan Fadhil Noor, Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur

2. Aturcara:

2.1 Pendaftaran
2.2 Majlis Takruf
2.3. Jamuan Ringan
2.4. Mesyuarat Agung

3. Agenda Mesyuarat Agung Kawasan

3.1 Memilih Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat menurut Perkara 25(7) Undang-undang Kecil Koperasi.

3.2 Penbentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2007 oleh wakil lembaga koperasi.

3.3 Memilih 5 (Lima) orang perwakilan kawasan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke 5/2008. Kawasan seperti berikut:

Kawasan 1 – Wilayah Persekutuan
Kawasan 2 - Selangor
Kawasan 3 - N.Sembilan, Melaka dan Johor
Kawasan 4 - Pahang, Terengganu dan Kelantan
Kawasan 5 – Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis

3.4. Membincangkan usul-usul menurut perkara (10)(e) Undang-undang Kecil Koperasi untuk di bawa Ke Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke 5.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan tugas,

ALI BIN MAIDIN
Setiausaha

* Jemputan ini adalah kepada Anggota yang mempunyai saham RM 500 dan keatas sahaja