Saturday, July 5, 2008

PEMINDAHAN AKAUN MUDHARABAH KEPADA SAHAM ANGGOTA

Mesyuarat Agung Perwakilan yang berlangsung pada 29 Jun 2008 telah meluluskan cadangan memindahkan akaun mudharabah anggota ke akaun saham masing-masing.

1. Implikasi dan kebaikan cadangan ini kepada anggota koperasi ialah:

1.1 Akaun mudharabah tertakluk kepada akad untung rugi bersama antara koperasi dan pemegang akaun mudharabah. Jika pelaburan koperasi dibuat rosot nilai, maka irosot nilai juga perlu dibuat ke atas akaun mudharabah anggota juga. Dengan ini pindahan ke saham anggota akan menyebabkan akaun saham sentiasa wujud selama koperasi beroperasi.

1.2 Selepas pindahan kepada akaun saham, anggota akan mendapat dividen dari koperasi jika koperasi berjaya didalam projek-projek barunya.

1.3 Selepas pindahan ke akaun saham anggota, anggota boleh membahagikan saham ini ke penama baru misalnya kepada anak-anak, isterinya atau sesiapa sahaja..

1.4 Bagi anggota yang meninggal, akaun saham ini boleh dipindahkan ke akaun warisnya tertakluk kepada hukum faraid.

1.5 Jika koperasi ada lebihan tunai, anggota boleh mengeluarkan sahamnya tertaklok kepada peraturan Undang-Undang Kecil Koperasi.

2. Kebaikan kepada Koperasi:

Pindahan ini akan memberi implikasi kepada koperasi dengan Meningkatkan Kumpulan Wang Anggota Koperasi. Ini sekali gus memberi kesan positif kepada asset semasa bersih di dalam lembaran imbangan.