Saturday, August 9, 2008

MESYUARA AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 8

Koperasi Siswazah Berhad telah selesai mengadakan mesyuarat agung perwakilan tahunan kali ke 8 pada 30 Jun 2008 yang lalu dengan membawa satu usul iaitu memindahkan Akaun Mudharabah ke Akaun Saham anggota. Usul ini telah dibentang dan diluluskan oleh mesyuarat agung tersebut.

Rasional pindahan akaun ialah kerana wang di Akaun Mudharabah tertakluk kepada akad untung rugi bersama antara koperasi dan pelabur mudharabah. Jika pelaburan koperasi mengalami kerugian dan dibuat rosot nilai, maka wang di Akaun Mudharabah pun akan dihapuskira.

Bagi mengelakkan perkara itu berlaku maka adalah dicadangkan wang di Akaun Mudharabah dipindahkan ke Akaun Saham Anggota. Wang di Akaun Saham akan terus berkekalan selama koperasi masih beroperasi dan layak mendapat dividen jika koperasi mengistiharkan dividen.

Anggota koperasi boleh membahagikan sahamnya kepada penama baru samada kepada anak-anak, suami/isteri atau sesiapa sahaja. Bagi anggota yang telah meninggal dunia, akaun saham ini boleh dipindahkan ke akaun warisnya tertakluk kepada hukum faraid.

Jika koperasi ada lebihan tunai, anggota boleh mengeluarkan sahamnya tertakluk kepada peraturan Undang-Undang Kecil Koperasi.

Bagi pelabur yang bukan anggota :

Pelabur bukan anggota dicadangkan menjadi anggota koperasi dengan mengisi borang keanggotaan koperasi. Ini telah dinasihatkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Wang di Akaun Mudharabah tuan/puan akan dipindahkan terus ke Akaun Saham anggota. Ia juga boleh memindahkan wang mudharabahnya ke akan saham anak, isterii/suami atau sesiapa sahaja.

Bagi bukan anggota juga, wang bayaran untuk pendaftaran anggota sebanyak RM 30 akan didebitkan dari wang mudharabah masing-masing


Anggota Lembaga 2008/2009

Pengerusi:
Wan Azman Bin Wan Abdullah

Setiausha
Ali Bin Maidin

Bendahari
Saharizam Bin Arde

Anggota Lembaga
Roslan Bin Yusof
Nadir Bin Noor
Mohd Nasir Bin Abdul Latif
Jamaluddin Bin Maideen
Hamidun Bin Hj Abd Jalil
Mohd Khairuddin Bin Ibrahim
Md Nizam Bin Mansor
Abd Aziz Bin Ramli
Ahmad Bin Anuar
Dianuddin Bin Othman
Hashim bin Hamud
Abdul Fatah Bin Yasin