Friday, February 1, 2008

Tuntutan Wang Mudharabah

Oleh kerana pelaburan mudharabah koperasi mengalami kegagalan, maka wang mudharabah tidak dapat dikembalikan pada masa ini. Koperasi sedang mengambil langkah pengembalian wang ini ialah melalui keuntungan projek-projek baru koperasi yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Dalam proses pengembalian wang mudharabah ini, koperasi akan memberi keutamaan kepada pelabur yang telah meninggal dunia dan pelabur warga emas.

Projek Dalam Perancangan

1. Projek Ternakan keli

Koperasi bercadang menjalankan projek ternakan ikan keli secara komersil. Kertas kerja telah diajukan ke Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) untuk mendapatkan pembiayaan.

2. Rangkaian Medic SPA

Kosis akan melancarkan rangkaian Medic SPA. Mana-mana anggota yang berminat sila berhubung dengan pejabat Kosis.

3. Agen Pemasaran Adden Travel & Tour Sdn Bhd

Kosis akan memasarkan produk pelancungan termasuk pakej Haji dan Umrah mulai 2008.

4. Agen Aladdin FX.com

Kosis akan menjadi agen Aladdin FX.com yang menawarkan kursus FOREX.

Pindahan Akaun Mudharabah Ke Saham Anggota

Kosis mencadangkan akaun Mudharabah Ostrich, Diamond & IBF, Intis dan Bistari dipindahkan kepada akaun saham anggota bagi mengelakkan pelabur kerugian.

STATUS PELABURAN

1. Pelaburan Perdana

Koperasi masih menunggu penyenaraian syarikat MMSC di Mesdaq, Malaysia.

2. Pelaburan Ostrich, Diamond & IBF KOSIS, Intis Dan Bistari.

Kosis akan membuat rosot nilai kepada pelaburan ini.

3. Pelaburan Hartanah

Kosis akan mencairkan pelaburan ini dan menjananya semula di dalam sektor lain.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI 2007

Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan telah selamat diadakan pada 18 November 2007 bertempat di Markaz Tarbiyyah Pas Pusat, Taman Melewar , Kuala Lumpur.

Anggota Lembaga 2007/2008:

Pengerusi:
Wan Azman Bin Wan Abdullah

Setiausha:
Ali Bin Maidin

Bendahari:
Saharizam Bin Arde

Anggota Lembaga:
Roslan Bin Yusof
Nadir Bin Noor
Mohd Nasir Bin Abdul Latif
Isahak Bin Hj Hashim
Jamaluddin Bin Maideen
Hamidun Bin Hj Abd Jalil
Mohd Khairuddin Bin Ibrahim
Md Nizam Bin Mansor
Abd Aziz Bin Ramli
Ahmad Bin Anuar
Dianuddin Bin Othman
Hashim bin Hamud