Wednesday, November 18, 2009

Maklumbalas

Kepada Anggota Koperasi

Untuk membuat maklumbalas atau sebarang pertanyaan berkaitan koperasi sila emailkan kepada kosishq@gmail.com.

Harap maklum dan terima kasih.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT AIDIL FITRI

Pihak Anggota Lembaga dan staf mengucapkan SELAMAT AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua anggota Koperasi Siswazah Berhad. Moga amal kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah swt jua.

Kita akan teruskan usaha membangunkan koperasi yang kita cintai ini. Cahaya kehidupan telah bermula adanya. Tunggu berita gembira pada awal 2010.

Wednesday, August 26, 2009

USAHASAMA PROJEK TEMBIKAI

Kosis bercadang mengusahakan ladang tembikai seluas 20 ekar di Kelantan.

Tanah, tenaga kerja dan pasaran sudah ada. Hanya modal sahaja yang diperlukan sebanyak RM 100,000.00. Usaha sama dengan mana-mana pihak di alu-alukan.

Minima modal bagi setiap peserta yang ingin usahasama ialah RM 5,000.00

Sesiapa yang berminat sila hubungi Setiausaha 012-2104244.

Thursday, August 13, 2009

SIAPA MAU JV

Kosis ada beberapa peluang projek yang berdaya maju.

Siapa yang ada modal sila hubungi Kosis.

Wednesday, July 22, 2009

PERKEMBANGAN SERAI


Untuk mengetahuI perkembangan projek serai koperasi sila klik di sini.

MESYUARAT ANGGOTA LEMBAGA

Mesyuarat Anggota Lembaga akan diadakan pada 8hb Ogos 2009, Sabtu, jam 3 petang bertempat di 43-2, Blok F, Platinum Walk, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak, KL.

Semua anggota lembaga dijemput hadir.

Notis bersurat telah dihantar.

Monday, July 20, 2009

ANGGOTA LEMBAGA 2009/2010

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke 9 telah selamat diadakan pada 5hb Julai 2009 di Dewan IlHAM, Markaz Tarbiah Pas Pusat, Taman Melewar Kuala Lumpur.

Perwakilan telah memilih dua orang anggota lembaga baru untuk mengisi kekosongan anggota lembaga yang meninggal dunia dan seorang anggota lembaga yang mengundurkan diri.

Dua orang anggota lembaga yang baru ialah Mohd Kamal Bin Radiman dan Mohammad bin Salleh.

Berikut ialah senarai nama ALP 2009/2010:

Pengerusi:
Wan Azman Bin Wan Abdullah

Setiausaha:
Ali Bin Maidin

Bendahari:
Saharizam Bin Arde

Anggota Lembaga:
Roslan Bin Yusof
Nadir Bin Noor
Mohd Nasir Bin Abdul Latif
Jamaluddin Bin Maideen
Hamidun Bin Hj Abd Jalil
Mohd Khairuddin Bin Ibrahim
Abd Aziz Bin Ramli
Dianuddin Bin Othman
Abdul Fatah Bin Yasin
Hashim Bin Hamud
Mohd Kamal Bin Radiman
Mohammad bin Salleh

Wednesday, June 24, 2009

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2009

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke 9 Koperasi Siswazah Berhad akan diadakan pada 5hb Julai 2009, Ahad, jam 10 pagi, di Dewan ILHAM, Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Notis mesyuarat telah diedarkan kepada semua perwakilan untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Sunday, May 31, 2009

MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2009 SUKSES

Mesyuarat Agung Kawasan telah diadakan pada 30 Mei 2009, Sabtu, jam 2 petang di Markaz PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Kehadiran anggota amat menggalakkan sekali selepas para pelabur mudharabah diserapkan sebagai anggota koperasi.

Mesyuarat telah memilih 25 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang bakal diadakan pada 5hb Julai 2009.

Kehadiran ahli dalam mesyuarat agung kawasan kali ni telah meningkatkan semangat anggota lembaga untuk memulih dan memajukan koperasi ini.


Tuesday, May 26, 2009


Pertumbuhan serai ketika ini..

Thursday, May 14, 2009

PEKELILING 01/2009

PEKELILING 1/2009

Kepada semua anggota :

Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Siawazah Berhad pada 29 Jun 2008 telah bersetuju sebulat suara usul untuk memindahkan akaun pelaburan mudharabah ke akaun syer anggota. Bagi mana-mana pelabur bukan anggota secara otomatik menjadi anggota kopersi bermula pada tarikh mesyuarat tersebut.

Usul ini dibuat sebagai lanjutan kepada cadangan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) agar dibuat pelupusan terhadap pelaburan mudharabah Kosis. Bagi mengelakkan akaun pelaburan setiap pelabur dibuat pelupusan, maka lembaga mencadangkan usul supaya akaun pelaburan pelabur dipindahkan kepada modal syer anggota .

Dengan ini mulai tahun ini pelabur yang telah menjadi anggota koperasi telah dijemput ke mesyuarat agung perwakilan.

Apabila koperasi mencatat keuntungan pada masa hadapan, maka wang modal syer (yang dahulunya wang pelaburan) akan dikembalikan secara beransur-ansur mengikut kemampuan kewangan koperasi.

Pada masa ini Koperasi sedang mengusahakan ladang serai seluas 20 ekar sebagai langkah awal menjana kewangan koperasi.

Koperasi sedang menghantar borang keanggotaan dan penyata kewangan pelabur dan angota secara berperingkat.


Sekian untuk makluman semua pelabur mudharabah.


Wednesday, April 29, 2009

NOTIS MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2009

Kepada:

Semua Anggota Koperasi Siswazah Berhad

Tuan,

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOPERASI SISWAZAH BERHAD KALI KE 6 / 2009

Dengan sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi akan diadakan pada :

Tarikh : 30 Mei 2009

Hari: Sabtu

Masa: 2.00 Petang

Tempat : Dewan Dato’ Fadhi Noor, Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur

Agenda :
  1. Memilih Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat
  2. Membentangkan Laporan Tahunan 2009
  3. Memilih Perwakilan Ke Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali ke 9/2009

Sekian, terima kasih.


tt
Setiausaha Koperasi

Ps: Jemputan akan mula diedarkan bermula mingu ini..

Friday, April 3, 2009

Makluman Terkini Projek Ladang Serai

Rujuk: http://ladangserai.blogspot.com/

Ladang serai projek koperasi sehingga kini telah sepenuhnya ditanam dengan keluasan Plot 1 seluas 10 ekar dan Plot 2 seluas 10 ekar.

Ini bererti 20 ekar telah disempurnakan penanamannya.

Moga-moga kita dapat membangunkan projek ini dengan baik dan mengembangkannya sebagai projek perintis kepada skim projek ladang serai berkelompok pula.

Thursday, March 26, 2009

JADUAL MESYURAT AGUNG KAWASAN 2009

Kepada semua anggota koperasi:

Koperasi sedang melaksanakan pengauditan akaun bagi tahun 2008.

Mesyuarat Agung Kawasan dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2009.

Manakala Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan akan di adakan pada bulan Jun 2009.

Harap maklum

Thursday, January 8, 2009

PELANCARAN PROGRAM ARGOTANI

MAJLIS PELANCARAN PROJEK LADANG SERAI BERKELOMPOK

TARIKH : 7/2/2008
TEMPAT : MACANG
JAM : 10 PAGI
PERASMI: PENGERUSI EKSEKUTIF SKM
TETAMU KHAS : ADUN
PESERTA : ANGGOTA KOPERASI, BAKAL PERERTA SKIM KELOMPOK, PIMPINAN MASYARAKAT SETEMPAT

AGENDA PROGRAM :

- Ucapan Pengerusi Koperasi
- Ucapan ADUN
- Ucapan & Perasmian oleh Pengerusi Eksekutif SKM
- Jamuan
- Lawatan Tapak Projek