Sunday, May 31, 2009

MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2009 SUKSES

Mesyuarat Agung Kawasan telah diadakan pada 30 Mei 2009, Sabtu, jam 2 petang di Markaz PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Kehadiran anggota amat menggalakkan sekali selepas para pelabur mudharabah diserapkan sebagai anggota koperasi.

Mesyuarat telah memilih 25 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang bakal diadakan pada 5hb Julai 2009.

Kehadiran ahli dalam mesyuarat agung kawasan kali ni telah meningkatkan semangat anggota lembaga untuk memulih dan memajukan koperasi ini.


Tuesday, May 26, 2009


Pertumbuhan serai ketika ini..

Thursday, May 14, 2009

PEKELILING 01/2009

PEKELILING 1/2009

Kepada semua anggota :

Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Siawazah Berhad pada 29 Jun 2008 telah bersetuju sebulat suara usul untuk memindahkan akaun pelaburan mudharabah ke akaun syer anggota. Bagi mana-mana pelabur bukan anggota secara otomatik menjadi anggota kopersi bermula pada tarikh mesyuarat tersebut.

Usul ini dibuat sebagai lanjutan kepada cadangan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) agar dibuat pelupusan terhadap pelaburan mudharabah Kosis. Bagi mengelakkan akaun pelaburan setiap pelabur dibuat pelupusan, maka lembaga mencadangkan usul supaya akaun pelaburan pelabur dipindahkan kepada modal syer anggota .

Dengan ini mulai tahun ini pelabur yang telah menjadi anggota koperasi telah dijemput ke mesyuarat agung perwakilan.

Apabila koperasi mencatat keuntungan pada masa hadapan, maka wang modal syer (yang dahulunya wang pelaburan) akan dikembalikan secara beransur-ansur mengikut kemampuan kewangan koperasi.

Pada masa ini Koperasi sedang mengusahakan ladang serai seluas 20 ekar sebagai langkah awal menjana kewangan koperasi.

Koperasi sedang menghantar borang keanggotaan dan penyata kewangan pelabur dan angota secara berperingkat.


Sekian untuk makluman semua pelabur mudharabah.