Wednesday, July 26, 2017

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOSIS TAHUN 2017

Tarikh : 01 Ogos 2017

Kepada :

Semua Anggota Lembaga 
Semua Anggota Juruaudit Dalaman
SEMUA ANGGOTA KOPERASI

Assalamua’laikum Wrt Wrbt

Tuan,

NOTIS JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 14/2017

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Siswazah Malaysia Berhad Kali Ke 14- 2017 akan diadakan seperti maklumat dibawah ;

Tarikh               : 19 Ogos 2017
Hari / Masa       : Sabtu / 10 Pagi
Tempat             : Dewan Al-Fadhil Noor, KUIZM (Dahulu dikenali sebagai Markaz Taman   
                          Melewar), Taman Melewar, Kuala Lumpur                                
 Agenda Mesyuarat :
1.     Memilih Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat Agung.
2.     Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke 13 pada 16         Oktober 2016 yang lalu.
3.     Membentang Dan Menerima
3.1  Laporan Tahunan Anggota Lembaga
3.2  Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman
4.   Menimbang dan Meluluskan Penyata Kewangan koperasi berakhir pada 31 Disember 2016 dan Laporan Berkanun Anggota Lembaga, serta pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ke atas akaun teraudit bagi tahun 2016.
5.     Memilih Lima (5) orang Anggota Lembaga yang gugur secara bergilir-gilir.
6.     Menimbang dan Meluluskan Belanjawan bagi Tahunan.
7.     Melantik dan Meluluskan perlantikan suatu Panel Firma Juruaudit Luar untuk mengaudit akaun-akaun koperasi
8.     Menimbangkan dan meluluskan Skop dan Had Pelaburan Koperasi.
9.     Menetapkan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi.
10.  Melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada 6 orang perwakilan dan 4 orang Anggota Lembaga termasuk pengerusi untuk menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.
11.  Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa usul-usul (jika ada).
12.  Menimbang apa-apa urusan lain di mana notis tidak kurang daripada tujuh hari (jika ada).
13.  Meluluskan apa-apa perbelanjaan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman .

Yang menjalankan tugas,
DIANUDDIN BIN OTHMAN
Setiausaha

SK : SKM Wilayah Persekutuan.