Thursday, May 14, 2009

PEKELILING 01/2009

PEKELILING 1/2009

Kepada semua anggota :

Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Siawazah Berhad pada 29 Jun 2008 telah bersetuju sebulat suara usul untuk memindahkan akaun pelaburan mudharabah ke akaun syer anggota. Bagi mana-mana pelabur bukan anggota secara otomatik menjadi anggota kopersi bermula pada tarikh mesyuarat tersebut.

Usul ini dibuat sebagai lanjutan kepada cadangan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) agar dibuat pelupusan terhadap pelaburan mudharabah Kosis. Bagi mengelakkan akaun pelaburan setiap pelabur dibuat pelupusan, maka lembaga mencadangkan usul supaya akaun pelaburan pelabur dipindahkan kepada modal syer anggota .

Dengan ini mulai tahun ini pelabur yang telah menjadi anggota koperasi telah dijemput ke mesyuarat agung perwakilan.

Apabila koperasi mencatat keuntungan pada masa hadapan, maka wang modal syer (yang dahulunya wang pelaburan) akan dikembalikan secara beransur-ansur mengikut kemampuan kewangan koperasi.

Pada masa ini Koperasi sedang mengusahakan ladang serai seluas 20 ekar sebagai langkah awal menjana kewangan koperasi.

Koperasi sedang menghantar borang keanggotaan dan penyata kewangan pelabur dan angota secara berperingkat.


Sekian untuk makluman semua pelabur mudharabah.